Taman Ilmu
Friday, January 16, 2015
Tuesday, February 22, 2011
PROF. Dr Hamka AYAHKU
Terbitan : Pustaka Dini
Harga Pasaran : RM 33.00
Cara beli : emel ke ummuasiah2001@hotmail.com atau isi borang di sebelah>>>>
Harga Istimewa Taman Ilmu : RM 20 (tidak termasuk harga pos)
(Buku ini baru dibeli kerana menjangkakan naskah asal yang dibeli awal dahulu telah hilang. Rupanya dipinjam oleh kawan.)
Ketika mencari maklumat tentang buku ini terjumpa pula penulisan yang baik dan tepat sekali di blog Dr Maza...Subhanallah..anda mesti milikinya....klik di bawah:
FITNAH DAN ADAT PERJUANGAN.
Bacalah!
Bacalah buku-buku perjuangan dan pengorbanan, ia akan memberikan rangsangan dan semangat kepada sesiapa sahaja yang ingin meneruskan agenda dakwah dan pembaharuan umat. Sebab itu al-Quran mengubati perasaan Nabi s.a.w dengan kisah-kisah silam yang dapat menyedarkan tentang harga pengorbanan yang wajib dibayar dalam meneruskan agenda perubahan.
Firman Allah:
(maksudnya) Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.Dan demi sesungguhnya, rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan Demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita rasul-rasul itu. Dan jika perbuatan berpaling mereka (keingkaran mereka) itu terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil”. (Surah al-An’am, ayat 33-35).
Pertentangan akan berlaku, sudah pasti, para nabi pun tidak dapat mengelakkannya, namun perjuangan akan terus berlangsung di setiap zaman. Tiada siapa yang dapat mengubah tabiat sejarah, tetapi kita boleh memilih dalam sejarah siapa yang ingin kita berpihak!
Monday, February 21, 2011
Ibu Madrasah Pertama Ku
Ayat dipetik dari kata-kata ibu Ir Endok Sempo di dalam Buku Ibu Madrasah Pertama Ku...

Moga-moga anak-anak kita juga akan mengenang kita sedemikian rupa....
Anda juga boleh mengutip mutiara berharga dari buku yang amat istimewa ini.
Harga Pasaran ialah RM25.
Ibu Madrasah Pertama Ku! Begitulah indahnya tajuk buku ini. Namun ia tidak seindah kasih sebenar seorang ibu. Namun kami yakin buku ini mampu membuatkan anda tersenyum disirami kasih ibu atau ketawa terkenangkan kisah lama atau menangis mengenangkan wajah ibu yang kini sudah berkedut dimamah usia atau mengalir air mata dek kerinduan pada bonda tercinta.
Anggaplah buku ini sekadar sebutir permata. Bukan yang terbaik tapi cahayanya cukup untuk menyuluh kehidupan generasi kita dan selepas kita dalam melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan soleh wa musleh.
Tips daripada ibu madrasah pertama ku ini akan memberikan kita pelbagai pengajaran suka duka seorang ibu mendewasakan anak-anaknya. Sudah tentu tips tersebut dapat pula dimanfaatkan oleh kita untuk menyantuni anak-anak dan generasi muda di zaman kita dan akan datang.
Buku ini mengandungi kisah dua puluh tiga orang ibu membesarkan anak-anak yang kini sudah berjaya di bidang masing-masing.
Kerana kebahagiaan dan kejayaan yang mereka kecapi hasil sentuhan ibu, kini mereka ingin berkongsi dengan kita semua. Khususnya anda para pembaca. Banyak sekali kebaikan dalam bentuk pesanan atau perkongsian daripada para penulis tentang ibu masing-masing untuk kita ambil manfaatnya.
Mari kita hayati bersama setiap keindahan yang dinukilkan dalam buku, Ibu Madrasah Pertama ku ini.
Kandungan Buku
Bahagian I :
1) Fight For Your Right
Anfaal Saari
”Mama sentiasa tegas mengingatkan aku dan adik-adik untuk berani bangkit memperjuangkan hak kebebasan Ayah. Pengalaman ini mendidik kami adik-beradik menjadi lebih peka dan sensitif dengan hak-hak kami. Hak sebagai pengguna, sebagai mahasiswa dan sebagai warganegara.”...Fight For Your Right!....
2) Biar Miskin Dunia, Tapi Kaya di Akhirat Sana!
Anita Ali
“Tak apa kita miskin dunia, tetapi biarlah kita kaya di akhirat sana! Kita bukan orang kaya tetapi emak percaya satu hari nanti “Chek” pasti akan keluar juga dari kampung kita. Pada masa itu, “Chek” pasti akan tengok “dunia” di luar sana!”
3) Ibu! Oh Ibu! Engkaulah Ratu Hatiku
Azlina Isa
“Long, zikrullah nak ye, istiqamah, usrah jangan tinggal dan jalankan amanah yang Allah berikan dengan ikhlas dan jujur, istighfar dan selawat selalu. Buat baik dan bantu orang yang minta tolong. Jangan buat salah dengan orang. Biar dan maafkan orang yang buat salah kat kita. Kita jangan balas kejahatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segalanya dan biarlah Dia yang uruskan segalanya”.
4) Sikap Optimis Mu Pendorong Kejayaan Ku
Azlina Roszy Mohamad Ghaffar
”Emak adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan ku seperti apa yang aku jadi pada hari ini. Emak adalah seorang yang berfikiran positif dan optimis. Dengan sikap sedemikian, emak sering mendorong dan memberikan respons yang positif dan optimis dalam apa jua permasalahan hidup yang aku hadapi”.
5)Emak Aku Adalah ‘Women Of Substances’
Ir. Endok Sempo Mohd Tahir
”Tiada rehat selagi hidup, tiada pencen sebelum mati. Kerana hidup kita sentiasa berjuang dan kita mesti kaya untuk menolong orang lain.”
6)Ibu Madrasah Tarbiah Ku Yang Pertama
Fakhrul Anuar Zulkawi
dipetik dari blog Roha Hassan
Di atas adalah sebahagian dari isi kandungan buku yang mesti anda miliki dan baca.
Wednesday, February 16, 2011
SYAAMIL AL-QURAN: MIRACLE THE REFERENCE
22 Keunggulan yang memudahkan dalam 1 Al-Quran dengan rujukan yang sahih. lengkap dan komprehensif.
Sambil membaca AL-Quran kita sekaligus dapat mendalami banyak perkara yang penting berkaitan dengan ayat yang dibaca di dalam 1 mukasurat.
Berat : 2.5kg
Jumlah Mukasurat: 1264
Harga : RM170
Skrol ke bawah untuk melihat apa yang dimaksudkan dengan 22 di dalam 1 ini>>>>>




































